
PERTUBUHAN KELESTARIAN EKONOMI & KREATIF WANITA MALAYSIA
Pertubuhan Kelestarian Ekonomi & Kreatif Wanita Malaysia (PEKKA) adalah ruang untuk wanita, warga emas dan komuniti rentan membina kemahiran, berkongsi ilmu serta menjana pendapatan bersama.
Dari Ilmu Ke Kemandirian
TENTANG KAMI
Di PEKKA, kami percaya pemerkasaan sebenar bermula apabila ilmu dapat diterjemahkan kepada pendapatan. Sebab itulah kami menggabungkan kekuatan pembangunan komuniti dengan sayap ekonomi kami, KoPEKKA, supaya ahli tidak lagi berjalan sendirian dalam memajukan diri dan keluarga.
Komuniti & Sokongan
Wadah untuk berkumpul, bertukar pengalaman dan saling menyokong demi kesejahteraan wanita muda hingga ke warga emas.
Kemahiran & Kreativiti
Bengkel praktikal yang mengasah bakat sedia ada atau yang tiada pengalaman — daripada kraftangan hinggalah ke kemahiran digital.
Sayap Ekonomi
Koperasi milik ahli PEKKA yang membantu memasarkan produk dan kemahiran komuniti ke pasaran sebenar
KOMUNITI & KELESTARIAN
Pertanian Bandar & Projek Hijau
Belajar teknik bercucuk tanam secara praktikal di ruang terhad. Selain menggalakkan gaya hidup sihat dan produktif buat wanita serta warga emas, hasil tanaman ini juga berpotensi dijadikan produk komuniti bernilai tambah


LATIHAN & BIMBINGAN
Bengkel Keusahawanan & Digital
Daripada asas pengurusan kewangan hinggalah ke strategi jualan dalam talian, sesi bimbingan kami dirangka ringkas dan praktikal agar setiap ahli yakin menguruskan perniagaan mikro masing-masing.
SAYAP EKONOMI PEKKA
Belajar di PEKKA, Jana Pendapatan di KoPEKKA
Koperasi Pertubuhan Kelestarian Ekonomi dan Kreatif Wanita Berhad (KoPEKKA) ditubuhkan sebagai cabang perniagaan rasmi untuk ahli PEKKA di Negeri Selangor. PEKKA lebih fokus kepada membina ilmu dan jaringan, manakala KoPEKKA pula menjadi pentas untuk mengkomersialkan produk kreatif, makanan dan perkhidmatan ahli secara berjemaah.
Tak Berniaga Sendirian : Sokongan penjenamaan dan pengurusan produk secara kolektif.
Akses Pasaran Luas : Pemasaran bersepadu melalui pameran, jualan fizikal dan e-dagang.
Manfaat Bersama : Peluang menjana pendapatan mampan dan berkongsi hasil koperasi.

SERTAI KAMI
Ingin menyertai program komuniti PEKKA, berminat menjadi anggota koperasi KoPEKKA, atau ingin meneroka kerjasama strategik? Sila tinggalkan maklumat anda di bawah dan pasukan kami akan hubungi anda.
7A-1, Jalan Wawasan 4/6, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor.
Terima Kasih!
Maklumat anda telah kami terima. Sekretariat PEKKA & KoPEKKA akan menghubungi anda dalam masa terdekat. Bersama kita perkasa ekonomi dan bina kemandirian!